Wednesday, 28 September 2011

Aktiviti P&P pada 14 September 2011






Pada hari ini pelajar telah diarahkan untuk menjalankan 1 amali yang bertajuk: There's More Than Meets the Eye
Soalan: Adakah kita perlu mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan-walaupun ia kelihatan bersih?
ARAHAN AMALI:
1. Amali ini dijalankan secara individu.
2. Setiap pelajar perlu menyediakan bahan-bahan berikut:
a. Dua biji epal yang sudah dibasuh dengan bersih (bukan dibasuh oleh orang yang akan memotongnya)
b. Pengupas kulit kentang
c. Pisau kecil yang bersih
d. Papan pemotong
e. Dua bekas makanan dengan penutup berskru yang sudah disteril
f. Masking tape
g. Marker
3. Persiapan sebelum:
Label bekas makanan:
• Bekas 1-Tangan Dicuci
• Bekas 2-Tangan Tidak Dicuci
Pilih sukarelawan untuk menunjukkan eksperimen. Pastikan tangan pelajar tidak dibasuh dalam beberapa jam.
4. Prosedur amali:
a. Tanpa mencuci tangan, kupas sebiji epal kemudian dipotong kepada dua bahagian menggunakan papan pemotong
Untuk sukarelawan:
b. Letakkan separuh epal ke dalam bekas makanan yang dilabelkan dengan “Tangan Tidak Dicuci”. Ketatkan penutup bekas dan buang lebihan epal.
c. Basuh tangan anda dengan bersih menggunakan sabun dan air suam untuk 20 saat. Selepas itu, basuh pengupas kulit kentang, pisau dan papan pemotong dengan sabun dan air suam.
d. Kupas sebiji lagi epal dan potong kepada dua bahagian.
e. Letakkan separuh epal ke dalam bekas makanan yang dilabel dengan “Tangan Dicuci”. Ketatkan penutup bekas makanan dan buang separuh lagi epal.
f. Letakkan bekas makanan dalam suhu bilik.
Tugasan semua pelajar:
g. Perhatikan bekas makanan sekali dalam sehari selama seminggu. Rekodkan pemerhatian anda.
5. Pemerhatian:
• Terangkan : Adakah kedua-dua epal kelihatan sama?Jika tidak, terangkan pebezaan yang anda lihat.
• Lukiskan: Lukis gambar bagi kedua-dua epal selepas dua hari dan pada hari ke-7.
• Carta: Hasilkan carta atau graf bagi merekodkan data yang diperolehi daripada pemerhatian.
6. Kesimpulan:
• Apa yang terjadi pada kedua-dua epal
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
• Dalam pemerhatian saya, kedua-dua epal kelihatan berbeza kerana:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
• Ini adalah apa yang yang saya pelajari tentang makanan yang saya sentuh dan makan:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment